Wednesday 18 April 2012

paper math kertas1

assalamualaikum..ta jawab dose..


jawab tanda yer sayang..hehe~hari ni second day pspm2..alaa pspm tu ala ala spm jugak la bermakner yer..
ok sekarang adalah masa untuk melepaskan geraammm..
aku da dapat idea da..da dekat sgt pen gan ketas jwapan..betuul ta tipu..swear!
da taw da..ok baru dapat taw la..math no 3 paper1..sakit hatiku..musnah harapan ku..bak kata geisha remuk jantungku..grrr!! betul...no 10c pon sama. malam tadi..ingat lagi..pukul 2.30 pagi aku dok gegolek pegang Q&A math..perh gaya style sama dooe..tapi knapa..kenapa.. kenapaaaaaaaaaaaaa!! kenapa aku lupa.. ya Allah....
5 markah campur 7markah..atooyaii..belum lagi soklan len yang salah..
eerr..terkilann..aku da dapat idea..da taw da camane nk solve..then aku try ar solve..perh dapat! betul siot! tapi aku sedeyh gler..sbb kertas da hantar..aku hanya mmpu solve try n error atas kertas soklan yang bole take away after exam...cinaaaabeeeeeeeeeeeengg! tension!

2012

FACEBOOKERS DAN TSUNAMI

Assalamualaikum

Tak payah la intro segala bagai cerita pasal semalam yang kita semua digemparkan pasal amaran Tsunami tu. Bukak ja pesbuk, pergh! 99 peratus post pasal ni, mintak diselamatkan daripada bencana besar yang diramalkan akan berlaku tu. Tapi, ramalan manusia tak semestinya betul kan.

Namun selain daripada doa-doa mintak kita semua aman sejahtera, ada jugak manusia yang berkata begini :

Tsunami nak kena Acheh? Ha padan la muka diorang, maksiat sana sini. Ni la balasan Tuhan untuk mereka
Astaghfirullahala'zim. Ada jugak manusia berfikiran macam ni. Memang bagus kita ambil semua ni sebagai petanda dan amaran Tuhan atas kelalaian kita dalam mengerjakan suruhan-Nya. Tapi perlukah kita doakan mereka agar ditimpa bencana sebegitu? Siapakah kita?

Cuba korang kaji peta elok-elok, kasi bukak sikit minda tu..


Cuba tengok betul-betul, tengok lokasi gempa bumi tersebut. Kenapa Malaysia lebih selamat daripada ancaman Tsunami berbanding Indonesia? Ya, kerana tanah Indonesialah yang menjadi benteng kepada kita daripada bencana tersebut. Ingat kisah Tsunami 2004? Cuba bandingkan berapa banyak Indonesian dan Malaysian yang terkorban. Masih lagi mahu mengeji mereka?

Walaubagaimanapun, saya sebagai rakyat Malaysia, tersangatlah bangga walaupun Indonesia membenci Malaysia, walaupun kedutaan Malaysia di sana dilempar dengan najis, walaupun pasukan bola sepak negara kita terpaksa menaiki kereta kebal kerana bimbangkan keselamatan ketika di sana, kita rakyat Malaysia, masih mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Allahuakbar. Tabik spring untuk penduduk Malaysia!


Harini hanya mampu menggeleng-geleng kepala tengok status facebook. Kelmarin punya la insaf, post dan share segala doa yang ada, sembang kemas nak kembali ingat Allah. Tapi sekarang? Memandangkan amaran Tsunami ditarik balik, segala keinsafan tadi pun kena rentap sama. Everything back to normal. Ikut balik nafsu dan syaitan. 

Kelmarin 
"Ya Allah, ampunilah dosaku ini, selamatkanlah diriku, keluarga, dan sahabat handai daripada bancana ini". 

Harini 
"sayang jom gi tengok Battleship, membew ittew cakap best gileww''

Ingatlah, amaran Tsunami memang boleh ditarik balik, Amaran Allah? Akan kekal hingga kiamat. 

"Tidaklah bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya" - Kaab bin Malik RA 


Assalamualaikum wbt..


Kata-kata hikmah Sayidina Umar Al Khattab

--► Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

--► Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

--► Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

--► Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

--► Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

--► Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

--► Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

--► Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Sebagai renungan bersama..saya sering ketawa &  bergurau. Adakah saya tidak dianugerahkan kemulian??huhu..Sama2 perbaiki diri..=)

Thursday 12 April 2012

ada yang sedih....


ada yang tengah hati susah.....
ada yang tengah kecewa....
ada yang hampir dibiarkan...
CEGAH SEBELUM PARAH !