Thursday, 13 December 2012



KALAU DAH MARAH !


kalau dah marah..
semuanya jadi parah,
hati parah, emosi parah,

kalau dah marah..
yang betul jadi salah
yang salah semakin salah,

kalau dah marah..
buat apa pun susah,
kacau bilau hati si gundah..

kalau dah marah..
mulut lincah sumpah seranah,
hati luka jadi bernanah..

kalau dah marah..
muka putih jadi merah,
hati lembut jadi merekah

kalau dah marah..
semua barang nak disepah
syaitan menggila masuk menerjah

Masyaallah..
itulah jadi kalau dah marah
api menyala membara merah

Wahai diri ingatlah..
kalau dah marah jangan gelabah
bawa bertenang hilangkan lelah
basahi lidah dengan zikrullah
hati kan tenang tiada resah
insyaallah,
akan terkawal si ammarah..

Bismillahiraahmanirrahim~

Apa yang dimaksudkan dengan marah? Emosi yang kadang-kadang mengganggu kita rite? Definisinya ialah:

Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut  al-Ghazaliyy ibarat api dalam sekam. Kita tahu ianya merupakan salah satu aspek negatif namun Islam ada pandangan khusus tentang elemen marah ni. 

Kamus Dewan pula menakrifkan bahawa marah ialah berasa panas hati (kerana ditipu, dihina and so on), berang, gusar dan murka. Perkataan murka dalam kebudayaan Melayu kebiasannya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan Sultan. 

Dalam bahasa arab pula, Ghadab, merupakan sifat lawan bagi reda. Ibnu Qayyim menakrifkan marah adalah kehilangan pertimbangan akal (seolah-olah) seperti keadaan serigala mahu membunuh kambing.


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

So, jom kita reflect kembali, marah ada 2 jenis:

@ Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan kerana Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pengajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan bukan melemmpiaskan emosi dan hawa nafsu.

@ Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak memberikan pengajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor, bertujuan melampiaskan emosi dan hawa nafsu.

Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmudah (terpuji) ada yang madzmumah (tercela) (apabila) bukan pada tempatnya manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran. (Lisan al-'Arab:1999)
Kemurkaan Allah adalah yang Maha hebat mengatasi segala amarah yang ada dalam dunia ini. Namun, kemurkaan Allah hanyalah untuk mereka yang ingkar dan meninggalkan larangan-Nya. Al-Quran telah merekodkan kemurkaan Allah. Antara golongan yang dimurkai oleh Allah ialah bangsa Isra'il. Boleh rujuk surah al-Baqarah:61)

... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur(mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu՚jizat- mu՚jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Namun, hendaklah kita mengerti satu perkara, keampunan Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya.

dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi, ia mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ingatlah (bahawa) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

@ Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya  

So, anda kategori yang mana? =) 

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redakemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003) 

Yup, kita bukan hanya perlu tahu macam mana nak marah, definisinya apa jenisnya. Jom kita ambik tahu sikit tentang alngkah-langkah pencegahan. 


Langkah-langkah pencegahan marah 
@ Niat yang ikhlas

First of all, kita sendiri perlu ada kesedaran mengenai  kawalan marah ni memandangkan ia merupakan tuntutan agama dan sedar tentang keburukannya jika kita tidak bijak mengawal.

@ Sabar

Kesabaran merupakan salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang bersabar ialah mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Hud ayat 11:


kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. 

@ Sifat pemaaf

Sikap pemaaf melambangkan ketinggian akhlak seseorang seperti peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jika ia diserap dalam diri seseorang, proses mengawal marah akan ternyata lebih mudah! Tak percaya? Mari cuba. =) Boleh rujuk surah asy-Syura' ayat 37.


@ Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan

Kemarahan melampau bukanlah lambang kekuatan ataupun kegagahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Malah ianya merupakan lambang kelemaha seseorang individu. Kenapa? Kerana dirinya sendiri gagal membendung diri dari bisikan syaitan.

@ Membayangkan wajah yang hodoh ketika marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazaliyy adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh ketika marah. Ia sesuatu yang memalukan dan wajar dihindari. So, kalau ada orang kata, 'awak nampak comel masa marah.' Menipu je tu.

@ Tawaddu'

Bermaksud merendah diri means bila kita merendah diri, hilanglah kemegahan jiwa dan akan selamat dari keburukan amarah.

@ Istighfar dan banyakkan amal soleh

Mungkin juga punca sifat amarah ini ialah dari sifat-sifat mazmumah yang juga merupakan dosa seperti takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan sebagainya, perlulah kita meningkatkan lagi amal ibadah, kualitinya.

Sesungguhnya, amal-amal kebajikan (terutamanya solat) menghapuskan kejahatan. Demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud:114)

Langkah-langkah pengawalan ketika marah


@ Membaca taawuz

Dalam satu hadis diriwayatka, terdapat dua lelaki sedang bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya naik berang sampai merah mukanya, lalu  Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan) sekiranya, dia berkata; a'udzubillahi minasy syaiton nirrajim (Hadis riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan Tarmidziyy)

@ Mengubah posisi

Kauselor sendiri ada berpendapat seperti ini. Jika seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, if tak reda juga, baring supaya dapat melegakan sikit emosi. Menurut Imam al-Ghazaliyy posisi diubah sedemikian kerana untuk mendekatkan jarak ke bumi , diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi, tambahan pula manusia ni diciptakan dari tanah.


Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akanhilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.(Hadith riwayat AbuDawud dan Ahmad)

@ Berwudhu' dan mandi

Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marahibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendungkemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)

@ Diam
...dan hendaklah apabila seorang dari kamu merasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Ahmad)

@ Ingat kepada Allah
..ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa...(al-Kahfi 18: 24)
ՙ
Ikrimahberkata maksud jika Engkau lupa adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy, Ali bin Muhammad, al-Imam, 1985)

@ Bersederhana

Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah.


Begitulah serba sedikit mengenai pengurusan marah menurut Islam yang dapat dikongsi, diharap kita dapat sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi akhlak kita. Insyaallah =)

Waallahu'alam.

ye suka marah...kalau saya stress.. n saya akan cakap 

AKU MARAH!! jauhi saya..haha

Thursday, 1 November 2012


Gayut

**moral : jangan bergayut terlalu lama..ai akan menyebabkan pergaduhan..huhuhu...

Wednesday, 31 October 2012

AS beauty..wink wink~

assalam...

hari ni habes kan duet macam biasa..maklumlah aku kan anak ore kayo...haha!
buat julung-julung kali nya aku beli krim muka yang bapak mahal taraf 10bintang..
lepas ni..blink2 la muka,,haha,,, sebenar nye teragak agak jugak nak beli krim ni tadi..da menganggar nak beli sendayu tinggi krim jeragat murah sikit la dari harga krim ni..
tapi disebabkan sipat malaas aku membuak buak nak pergi kedai.. maka melebur la RM50 aku... 
tsk tskk ;(...  haha..

TARaaaaaa...produk ORANG KAYA....haha!!


hope hope muka aku jadi licin putih gebu lagi ape ek...segala gala nye la..macam puang ni..
muko dio licin sebab guno hok as beauty ni la..roomate aku pon sama...

Wednesday, 17 October 2012


perempuan pakai shawl memang pemalas!

assalamualaikum..(pakai shawl ke tudung biasa? shawl ke tudung biasa? heheh. hari tu aku pernah terbaca satustatus dekat fesbuk, bunyi dia lebih kurang macam ni: 

kalau nak pilih calon bini, kita tengok sama ada dia pakai shawl atau pakai tudung biasa. kalau pakai tudung biasa, memang lah perempuan tu seorang yang rajin.sape yang pakai shawl, terbukti perempuan pemalas. nak tau sebab apa? korang pikir lah sendiri.

haha. sangat direct ye di situ. actually ayat kat atas ni ada unsur-unsur exaggerate sikit sebab dah tak bape nak ingat. tak kesah lah, janji isi yang nak disampaikan tu sama je. bukan lelaki tau yang cakap macam ni, tapi perempuan. diulang sekali lagi, PEREMPUANNN. sebab apa ye? terpikir jugak. hmm..

memula aku ingat abang kedekot aku je yang ta suke aku pakai shawl..
tapi bila aku google-google, ternyata ramai lelaki yang tak suka perempuan pakai shawl. contoh kat sini dan sini *eh peduli hape =.=* lelaki nak komen-komen penampilan perempuan, before that kena tengok dulu penampilan sendiri. pastikan tak pakai seluar londeh nampak boxer and rambut tak payah nak macam burung belatuk or macam woody woodpecker sangat. dorang lagi comel kott. haha~ *kejam.

perempuan pakai shawl dikategorikan sebagai pemalas? kenapa ye? maybe sebab kalau kita pakai shawl, kita tak payah gosok plus ada pulak jenis shawl yang kedut-kedut ni. so memang style sekarang lah kalau nampak orang pakai kedut-kedut ni. STYLE ye, bukan PEMALAS :P

lagipun actually pakai shawl lagi senang berbanding pakai tudung bawal. tudung bawal nih leceh kalau ada time-time dia nak jadi lembik kat bahagian muka, kena lilin lah, kena tiup-tiup, duk depan cermin berjam-jam nak betul kan. plus pulak kalau time tu tengah rushing. sape tak hangin. lagi-lagi kalau dah lambat nak pegi meeting dgn MR. CRAB, macam AKU kena haritu. time dah lambat la, kau nak buat hal kan =.=

then, maybe nampak macam susah kan tengok perempuan duk lilit sana, lilit sini? sebenarnyapakai shawl lah paling senang, kejap je dah siap pakai kalau nak bandingkan tudung bawal. bagi lelaki, nampak macam susah kan? tak lah. senang je kot :)

tak susah pun :)

pakai shawl nampak jarang? pandai-pandai lah pilih shawl. ada shawl tebal ada shawl nipis. kita pakai hijab sebab nak tutup aurat. kadang-kadang shawl lebih baik berbanding tudung biasa. kalau tudung biasa jarang, nampak leher.ade cara yer. kene gune inner neck k. nak compare dengan shawl, kalau kena dengan cara pemakaian, shawl nampak more islamic :) 

pakai shawl tak cantik? tengok orang lah. aku tengok cantik je. tapi kalau yang tak sesuai pakai shawl tu tapi nak pakai jugak, elok lah jangan pakai ye. nampak tak berapa nak elok. kalau nak pakai jugak, ikut mana yang sesuai dengan bentuk muka. kalau muka awak chubby, bujur, petak, pilih lah mana yang sesuai okay? ^_^

cantik kan?

conclusion, tak semua orang tak suka perempuan pakai shawl. ikut pandangan and cita rasa masing-masing. eh, aku pon dah jarang pkai shawl la. huhu...obama di hatiku lagi..sebab corak owkeyyhh..bukan sebab aku malas nk gosok..huhu..
ok sekian saja ;)

Friday, 21 September 2012

forgive dont forget me...uaarrgghh!

hari ni,,...pekara paling penting sama jer...bosan bosan dan bosan
emm harap esok lebih TAK bosan la..
hari ni..aku buat keje gile keje bodo keje selfish..
knapa la aku mara dea..cian dea,.
sepatut yer ku jaga la dia.
dea ta ader sesapa pon nk count on kat negeri org tu..huuuu...sesal yer..awak maafkan la saya..sob3 ;(
saya erm ta leyh janji ta buat lagi la..
hAHAHAHA..
im the hottest the devil one..huhu..
sori la..aku ni memag hati volcano.
tapi aku cume nk yang terbaik tok kau..
ta taw la cara nak buat kau berubah..
aku ta taw nk buat caner bia ko sgt ta smbe lewa..arrgghhh! tension..
tolong la suka hati..jagan buat orang sakit hati

Friday, 7 September 2012

rasa lega

Assalamualaikum...


perasaan sekarang da ok sikit..
perasaan sebelum dapat tawaran universiti tu emm biasa biasa je..kite ta ade perasaan sangat mase tu
perasaan 2jam before dapat taw result..macam kera kenee belacan..??? mcam ta kene je peribahasa..
emm macam cacing kepaanasan kot better..hoho
ta sabar sangat line jem jer.. sms la
perasaan dapat tahu kos SM05..macam arrrr?? SM05? macam penah dengar..rasa makin berdebar
dalam hati "ya ALLAH jangan la dapat yang aku ta nak.." 
try cek on9..before tu "ya ALLAH harap2 ta dapat yang aku gi temuduga..n ta dapat tempat yang jauh n menyusah kan..pleaseee ALLAH..im begging.." 
kua je kat skrin..hurmm
perasaan down gile..diam terkesima..
keliru..celaru..tak tahu,..
nama u seronok didengar..nama negori buat hati menjerit pecah
KELANTAN..:( i hate u..damn kelantan.
since to..after prayer mesti menangis mintak ALLAH berikan keredhaanNYA
doa agar sentiasa di tabah kan hati ni..da ta ley buat apo pon. 
aku yang mohon..da pegi temudugaa pon..gatai sangat..
USM KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN DEGREE IN DIETETIK
hurmmm..sedeyh pisah dengan orang tersayang
sampai da daftar pon hati ta redha..terus berdoa pada yang maha mengetahui..
orientasi pon berlalu..
6hari orintasi..menangis je..sampai hari ke4 hati ni mula surut..mula nk hadam
terima kasih kepada kwan2 yang banyak beri sokongan..
dan juga dia...sayang dea..

Wednesday, 18 April 2012

paper math kertas1

assalamualaikum..ta jawab dose..


jawab tanda yer sayang..hehe~hari ni second day pspm2..alaa pspm tu ala ala spm jugak la bermakner yer..
ok sekarang adalah masa untuk melepaskan geraammm..
aku da dapat idea da..da dekat sgt pen gan ketas jwapan..betuul ta tipu..swear!
da taw da..ok baru dapat taw la..math no 3 paper1..sakit hatiku..musnah harapan ku..bak kata geisha remuk jantungku..grrr!! betul...no 10c pon sama. malam tadi..ingat lagi..pukul 2.30 pagi aku dok gegolek pegang Q&A math..perh gaya style sama dooe..tapi knapa..kenapa.. kenapaaaaaaaaaaaaa!! kenapa aku lupa.. ya Allah....
5 markah campur 7markah..atooyaii..belum lagi soklan len yang salah..
eerr..terkilann..aku da dapat idea..da taw da camane nk solve..then aku try ar solve..perh dapat! betul siot! tapi aku sedeyh gler..sbb kertas da hantar..aku hanya mmpu solve try n error atas kertas soklan yang bole take away after exam...cinaaaabeeeeeeeeeeeengg! tension!

2012

FACEBOOKERS DAN TSUNAMI

Assalamualaikum

Tak payah la intro segala bagai cerita pasal semalam yang kita semua digemparkan pasal amaran Tsunami tu. Bukak ja pesbuk, pergh! 99 peratus post pasal ni, mintak diselamatkan daripada bencana besar yang diramalkan akan berlaku tu. Tapi, ramalan manusia tak semestinya betul kan.

Namun selain daripada doa-doa mintak kita semua aman sejahtera, ada jugak manusia yang berkata begini :

Tsunami nak kena Acheh? Ha padan la muka diorang, maksiat sana sini. Ni la balasan Tuhan untuk mereka
Astaghfirullahala'zim. Ada jugak manusia berfikiran macam ni. Memang bagus kita ambil semua ni sebagai petanda dan amaran Tuhan atas kelalaian kita dalam mengerjakan suruhan-Nya. Tapi perlukah kita doakan mereka agar ditimpa bencana sebegitu? Siapakah kita?

Cuba korang kaji peta elok-elok, kasi bukak sikit minda tu..


Cuba tengok betul-betul, tengok lokasi gempa bumi tersebut. Kenapa Malaysia lebih selamat daripada ancaman Tsunami berbanding Indonesia? Ya, kerana tanah Indonesialah yang menjadi benteng kepada kita daripada bencana tersebut. Ingat kisah Tsunami 2004? Cuba bandingkan berapa banyak Indonesian dan Malaysian yang terkorban. Masih lagi mahu mengeji mereka?

Walaubagaimanapun, saya sebagai rakyat Malaysia, tersangatlah bangga walaupun Indonesia membenci Malaysia, walaupun kedutaan Malaysia di sana dilempar dengan najis, walaupun pasukan bola sepak negara kita terpaksa menaiki kereta kebal kerana bimbangkan keselamatan ketika di sana, kita rakyat Malaysia, masih mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Allahuakbar. Tabik spring untuk penduduk Malaysia!


Harini hanya mampu menggeleng-geleng kepala tengok status facebook. Kelmarin punya la insaf, post dan share segala doa yang ada, sembang kemas nak kembali ingat Allah. Tapi sekarang? Memandangkan amaran Tsunami ditarik balik, segala keinsafan tadi pun kena rentap sama. Everything back to normal. Ikut balik nafsu dan syaitan. 

Kelmarin 
"Ya Allah, ampunilah dosaku ini, selamatkanlah diriku, keluarga, dan sahabat handai daripada bancana ini". 

Harini 
"sayang jom gi tengok Battleship, membew ittew cakap best gileww''

Ingatlah, amaran Tsunami memang boleh ditarik balik, Amaran Allah? Akan kekal hingga kiamat. 

"Tidaklah bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya" - Kaab bin Malik RA 


Assalamualaikum wbt..


Kata-kata hikmah Sayidina Umar Al Khattab

--► Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

--► Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

--► Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

--► Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

--► Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

--► Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

--► Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

--► Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Sebagai renungan bersama..saya sering ketawa &  bergurau. Adakah saya tidak dianugerahkan kemulian??huhu..Sama2 perbaiki diri..=)

Thursday, 12 April 2012

ada yang sedih....


ada yang tengah hati susah.....
ada yang tengah kecewa....
ada yang hampir dibiarkan...
CEGAH SEBELUM PARAH !

Saturday, 24 March 2012

laman sosial yang memang soSIAL..upps! huhu

assalamualikum..saya tulis blog ni sejurus membace status anda di facebook..yer anda! hahaa. lawak2
ade ker patut.. first nk menyatakan rasa pelik kat mereka. memaki hamun sesuka hati jer..aku yang megang account Suka Hati pon taa begitu (bajet baik).haha.. 1st case: aku g la terbace status budak kolej aku ni..salah! membace.. sebb aku suka tgok dp dea cantek wok..huhu..ala ala macam ni la gaya yer. ''PAGI2 DA BUAT AKU PANAS!'' yes ko memg hot la cantek..huhu.. siap ade bukti lagi tu tunjuk kat semua..style la der .
aku pon punyer la tergosok gosok mata nk bace tulisan kat chat dy yang buat hati panas membara tu..ek eley beb..ingat ape td..setakat orang anta chat hai..sapa nama? boleh kenal ataupun tidak duduk kat mana dengan sapa ade no ataupon tidak....lalala~ (lagu adam ni) huhu..dey tu perkara biasa la..bukan semua facebooker ni baik..nama pon laman sosial..kalau ta suka ta payah la balas..lau bebanyak kali dea hantar..blok je account dea..lau aku pon rimas..huhu..ta payah la awk nak memarah dea..ni marah tahap dea boleh santau ko dek..mak saya pesan kalau ta suke seseorang pon..jagn marah gegile menyakitkan hati dgan memaki.. mara sikit2 gaya angin sepoi2 sudah..baru sempoi..ta pon ta payah layan lagsung..blok terus..diam2 jelar..bukan dea tau kan..kalau hangin macam halilintar..silap ari bulan..mengundang mara pulak kat seseorang tu..mak aku pesan camtu la sebab dea takut orang santau..hikhoook..huhu..
2nd case:
copy paste status ko? ko mara ta? ta mara? eleyh tipu...
kalau aku pon mara gak..tapi beradab la sikit cik adik yang comel..ni tidok..siap post gambo fb budk tu n status hot yang dy kopi panas tu..lau itu jer adek buat ta per la..boleh akak tgok smbil tergelak terguling..tapi bila gambo tu ade cop mohor berserta signature berbentuk FUCK! SHIT! JAHANAM KO! LAHHABAU!
(ceh aku lak lelebih) yang ni da ta betul dek.. laman sosial ni buknn la untuk saling berpuji puji macam ni comel..muka da cantek comel tapi dsebabkan mende alah camni jadi ta style la ..huhu..
ok jgn maramara k nnti cepat tua..anggap jer stutus awk tu hebad..macam boboboy..TERBAIK...!sbb tu dea copy..huhu.

ok da cukup da curhatku pagi2 ni..(5.30a.m) wooww!

#sesapa yang terasa patik mohon ampunn berjuta ampun..patik ta tulis di facebook mahupun tweeter..patik tulis di ini blog aku yang punya..SUKA HATI aku laa~ hahahahhah bye.
assalamualaikum

Friday, 16 March 2012

PEREMPUAN KADANG-KADANG MEMANG MACAM ORANG GILA

*sunyi sepi, merajuk*
Awak..
Awak sihat? Dah makan?
Awak okay tak?
Awak kenapa ni? Saya ada buat salah?
Awak, janganlah macam ni. Cuba respon sikit?
Kau diam boleh tak?!
*kerut-kerut kening, garu-garu kepala*

muke aku kalau mara ada gak macam ni..seram wok..padan muke shafiq

Perempuan kalau tengah marah, memang malas sangat nak cakap apa-apa. Asal nak cakap, mula la nak buat ayat jampi sampah, paling tidakpun menangis. Jadi kamu jangan nak buat ramah sangatlah bila dia marah tu, bimbang bertambah ribut. Cara terbaik, beri dia ruang dan masa.
   
"Awak, walau apa jua keadaan awak, saya akan sentiasa sayang awak. Saya sentiasa ada untuk awak, bila lapang nanti, text me okay"

Hantar tu pun dah cukup, tak perlu nak panjang-panjang, tak perlu bertubi-tubi. Yes, dia perlukan masa untuk bertenang. Ayat macam tak boleh pergi kan? Walhal kalau perempuan tu gila, ada kau nak kejar-kejar lagi bang? **Tak payah jawab.

Perempuan kalau tengah marah, memang macam kena suntik virus gila. Buat apa sahaja yang buat dia rasa puas tanpa fikir sebab dan akibat (tak sempat). Janganlah cabar dia buat apa-apa, mungkin masa tu, bunuh diri pun dia tak perasan. Bila dah dikuasai syaitan bukan?

Lelaki ni pun janganlah pendek akal sangat. Setakat nak cakap 'maaf' atau 'sorry' tu tak perlu bayar satu sen pun, tak perlu panjat Gunung Himalaya dahulu pun, tak perlu. Ringan-ringankanlah mulut, tu penyejuk hati dia.Tapi kalau bertubi2 sorry aku pon rasa macam nk lempang jer lelaki ni,,hee. Kalau kamu tak salah sekalipun, setakat salah yang kecil tu mengaku sahajalah. Perempuan memang asyik nak menang. Nanti bila dah reda, jelaskanlah. Tu pun kalau kamu sayang perempuan tu, kalau tak sayang; lempang laju-laju, campak jauh-jauh. Dayus!


 “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

P/s: Sayang, you kena banyak sabar bila I marah, message I tu memang kadang-kadang macam puaka, lebih-lebih lagi bila you blurr tak faham-faham. Hahaha ~~