Saturday, 24 March 2012

laman sosial yang memang soSIAL..upps! huhu

assalamualikum..saya tulis blog ni sejurus membace status anda di facebook..yer anda! hahaa. lawak2
ade ker patut.. first nk menyatakan rasa pelik kat mereka. memaki hamun sesuka hati jer..aku yang megang account Suka Hati pon taa begitu (bajet baik).haha.. 1st case: aku g la terbace status budak kolej aku ni..salah! membace.. sebb aku suka tgok dp dea cantek wok..huhu..ala ala macam ni la gaya yer. ''PAGI2 DA BUAT AKU PANAS!'' yes ko memg hot la cantek..huhu.. siap ade bukti lagi tu tunjuk kat semua..style la der .
aku pon punyer la tergosok gosok mata nk bace tulisan kat chat dy yang buat hati panas membara tu..ek eley beb..ingat ape td..setakat orang anta chat hai..sapa nama? boleh kenal ataupun tidak duduk kat mana dengan sapa ade no ataupon tidak....lalala~ (lagu adam ni) huhu..dey tu perkara biasa la..bukan semua facebooker ni baik..nama pon laman sosial..kalau ta suka ta payah la balas..lau bebanyak kali dea hantar..blok je account dea..lau aku pon rimas..huhu..ta payah la awk nak memarah dea..ni marah tahap dea boleh santau ko dek..mak saya pesan kalau ta suke seseorang pon..jagn marah gegile menyakitkan hati dgan memaki.. mara sikit2 gaya angin sepoi2 sudah..baru sempoi..ta pon ta payah layan lagsung..blok terus..diam2 jelar..bukan dea tau kan..kalau hangin macam halilintar..silap ari bulan..mengundang mara pulak kat seseorang tu..mak aku pesan camtu la sebab dea takut orang santau..hikhoook..huhu..
2nd case:
copy paste status ko? ko mara ta? ta mara? eleyh tipu...
kalau aku pon mara gak..tapi beradab la sikit cik adik yang comel..ni tidok..siap post gambo fb budk tu n status hot yang dy kopi panas tu..lau itu jer adek buat ta per la..boleh akak tgok smbil tergelak terguling..tapi bila gambo tu ade cop mohor berserta signature berbentuk FUCK! SHIT! JAHANAM KO! LAHHABAU!
(ceh aku lak lelebih) yang ni da ta betul dek.. laman sosial ni buknn la untuk saling berpuji puji macam ni comel..muka da cantek comel tapi dsebabkan mende alah camni jadi ta style la ..huhu..
ok jgn maramara k nnti cepat tua..anggap jer stutus awk tu hebad..macam boboboy..TERBAIK...!sbb tu dea copy..huhu.

ok da cukup da curhatku pagi2 ni..(5.30a.m) wooww!

#sesapa yang terasa patik mohon ampunn berjuta ampun..patik ta tulis di facebook mahupun tweeter..patik tulis di ini blog aku yang punya..SUKA HATI aku laa~ hahahahhah bye.
assalamualaikum

Friday, 16 March 2012

PEREMPUAN KADANG-KADANG MEMANG MACAM ORANG GILA

♀
*sunyi sepi, merajuk*
♂
Awak..
♀
…
♂
Awak sihat? Dah makan?
♀
…
♂
Awak okay tak?
♀
…
♂
Awak kenapa ni? Saya ada buat salah?
♀
…
♂
Awak, janganlah macam ni. Cuba respon sikit?
♀
Kau diam boleh tak?!
♂
*kerut-kerut kening, garu-garu kepala*

muke aku kalau mara ada gak macam ni..seram wok..padan muke shafiq

Perempuan kalau tengah marah, memang malas sangat nak cakap apa-apa. Asal nak cakap, mula la nak buat ayat jampi sampah, paling tidakpun menangis. Jadi kamu jangan nak buat ramah sangatlah bila dia marah tu, bimbang bertambah ribut. Cara terbaik, beri dia ruang dan masa.
   
"Awak, walau apa jua keadaan awak, saya akan sentiasa sayang awak. Saya sentiasa ada untuk awak, bila lapang nanti, text me okay"

Hantar tu pun dah cukup, tak perlu nak panjang-panjang, tak perlu bertubi-tubi. Yes, dia perlukan masa untuk bertenang. Ayat macam tak boleh pergi kan? Walhal kalau perempuan tu gila, ada kau nak kejar-kejar lagi bang? **Tak payah jawab.

Perempuan kalau tengah marah, memang macam kena suntik virus gila. Buat apa sahaja yang buat dia rasa puas tanpa fikir sebab dan akibat (tak sempat). Janganlah cabar dia buat apa-apa, mungkin masa tu, bunuh diri pun dia tak perasan. Bila dah dikuasai syaitan bukan?

Lelaki ni pun janganlah pendek akal sangat. Setakat nak cakap 'maaf' atau 'sorry' tu tak perlu bayar satu sen pun, tak perlu panjat Gunung Himalaya dahulu pun, tak perlu. Ringan-ringankanlah mulut, tu penyejuk hati dia.Tapi kalau bertubi2 sorry aku pon rasa macam nk lempang jer lelaki ni,,hee. Kalau kamu tak salah sekalipun, setakat salah yang kecil tu mengaku sahajalah. Perempuan memang asyik nak menang. Nanti bila dah reda, jelaskanlah. Tu pun kalau kamu sayang perempuan tu, kalau tak sayang; lempang laju-laju, campak jauh-jauh. Dayus!


 “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

P/s: Sayang, you kena banyak sabar bila I marah, message I tu memang kadang-kadang macam puaka, lebih-lebih lagi bila you blurr tak faham-faham. Hahaha ~~

aneh yer Jangan


Memang aneh walaupun itu hanya soal remeh temeh. Saya sering teringat tentang sesuatu yang dia suruh saya lupa. Selalu saya cakap, "Awak, saya tak boleh nak lupa, selalu teringat," belum habis ayat tu, dia dah potong, "jangan ingat." Saya diam kebingungan.  Eh, macam senang-senang boleh lupa perkara yang kita selalu ingat kan?

Perkataan atau frasa 'jangan' ni dah kena macam sumpahan. Macam sudah berubah makna. Serupalah bila anak-anak kecil dilarang untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan perkataan 'jangan', makin menjadi-jadi onarnya seolah-oleh disuruh-suruh. "Jangan panjat pokok tu mek, nanti jatuh!". Eh, makin tinggi mek tu panjat bila dengar orang cakap macam tu. Sebab tu mak abah bila tengok saya panjat pokok jambu masa kecil-kecil dahulu, mereka akan cakap "Eh, panjatlah tinggi lagi! Tu rendah sangat." Tahu pula nak berhenti memanjat masa tu.
 
Kesimpulannya; bila orang bercerita atau mengadu kepada kamu tentang sesuatu yang dia tidak senang akannya dan dia ingin melupakannya tetapi dia tak mampu, kamu hafal skrip ni, "Oh, ya? Kalau macam tu ingatlah. Sampai tahun depan pun kita cerita tentang hal ini hari-hari. Balik kejap lagi tulis atas kertas manila, tampal dalam bilik. Nanti kalau agak-agak nak terlupa, boleh ingat lagi. Susah nak lupa, kan? Jadi, ingatlah." Masa nak lafaz skrip ni, sediakan muka untuk dilempang laju-laju. Orang yang terdesak untuk melupakan sesuatu mungkin akan bertindak melulu. Awas! *Gelak jahat.

P/s: Tulisan yang celaru, sedang pening dengan CHEMIST ..teringat mase kat smk dulu ciku piah pon ckap bende yang sama camni
Tak tau nak cakap ape, tengok jelah kalau free. Tee hee. >,<



Timeline facebook the best beb

asalamualaikum..
ta paham la knapa ramai je sagt facebooker ta suke timelime erk..kawan aku..roomate aku..kakakkakak abgabg ak pon ta suke .aku rasa ok jer..ak lagi suke kot..ape yg serabut yer.
ermm timeline aku siap ader cover pic lagi..eh orag lain pyer timeline pon ader gak erk..huhu..tapi yang penting aku suka timeline ni..n saja nk cakap PADAN MUKA kat orang y ta suke kan perubahan..HUAHAHA!

                 

Tuesday, 7 February 2012

patah hati..ngee~

Kubunuh Cinta
Kubunuh cinta dalam hatiku
pisau tajam berkilau!
Darah merah memancut keluar
aku menjerit
ketawa dalam kepedihan.
Cintaku terkulai merah
menggigil kian lemah
dan pisau tajam berdarah
kulempar jauh-jauh
hilang dibalik malam.
Sudah kubunuh cintaku merah
darah mendidih pekat
aku senyum
aku tidak lagi
dibunuh oleh cintaku.
Putus Cinta

Saturday, 21 January 2012

Aku budak sombong?

mood hari ni okay je.. macam biasa.. bangun pagi pagi penuh kemalasan, duduk bersila dulu atas katil 10 minit. lentuk badan sana sini sekejap baring sekejap tegak balik.. dan dalam hati aku siap pasang wish lagi harap kelas pukul 8 ni batal..haha contoh pelajar yang #$%% kan? *setiap pagi aku buat mcm tu kot. pemalas bangun pagi.. buat la kelas pukul 10am! jelous kot tengok roomate dok baring lagi. siap cakap lagi nak pergi kelas dah ke? cis.. perli ke kata2 semangat tu? arghh.. *

sekarang dah malam.. malam adalah malam, malam untuk tidur, tidur untuk kebahagian, bla bla bla.. aku mengomel sorang-sorang depan laptop.. stress esok ada test kelas bunga bunga *literature* nak tidur tapi awal lagi, baru pukul 9, nak study malas + mengantuk..

tetibe teringat satu benda

terpikir sekejap aku

lately ni ramai sangat mengomen cakap aku sombong.. kalau kat fb PM aku pastu ckp aku sombong tak tegur diorang.... siap sampai ada yang merajuk berbagai..terpaksa la aku mengeluarkan skill memujuk yang tersimpan kukuh di sanubari...


aku tak terasa pon bila diorang cakap macam tu. seriously sikit pon tak, tapi membuatkan aku terpikir sekejap tentang aku,baik buruk khilaf diri ini.

ya, aku memang jarang senyum. aku akui.. melainkan dengan orang yang aku rapat dan dah biasa.
skill making new friends memang aku low... aku tak reti nak mulakan conversation dengan orang yang aku tak biasa..aku tak tahu nak cakap apa, nak beri riaksi macam mana... aku blur.. blur okay..blur.

lagi satu, orang selalu cakap yang diorang senyum kat aku tapi aku tak senyum balik kat diorang. then diorang assume aku ni jenis sombong bongkak. guys.. aku ni rabun lebih tahap rabun ayam.. mesti korang cakap, dah tahu rabun tu pakai la spek.. actually, aku tak suka pakai spek sebab serabut dan mengembangkan tudung aku. nanti tudung aku jadi bengkang bengkok.. aku rimas.. so, korang.. aku bukan sengaja tak nak reply senyum korang, aku tak nampak la dear.. i'm sorry.. isk isk.. lain kali jerit nama aku kuat2 sampai aku perasan... insyaallah aku datang kat korang...

pastu buat kawan kawan tersayang yang rasa macam diri korang terabai tu. aku mintak maaf banyak2. sekarang ni aku jarang dah topup, nak message sampai pukul 2 3 pagi pon dah tak larat.. aku tahu mesti ada yang terasa sebab aku balas message dua tiga kali lepas tu tak reply dah. kan? kadang2 bila malam tu, aku tertidur.. kalau siang kadang2 korang message tu time aku buat kerja. smbil message sambil buat assignment, pastu terus aku terlupa nak reply. bukan sengaja..

mohon maaf atas segala tindak tanduk bertanduk or pape je yang tersalah faham. seriously I do appreciate one who tegur me cakap I sombong coz that wake me up.. andai ada khilaf diri ni lagi sila tegur lagi ye. I boleh blajar untuk betul kan diri I ni untuk jadi yang lebih baik.