Tuesday 5 March 2013

i love MIN HO

                                                 yeyyyy!! aku tukaq da nama tweeta aku..


kesinambungan hubungan aku dengan mamat ni

  
dengan suka hati, memperkenalkan 

taraaaaa!!! LEE YANA
muehehehehe...
nampak kan aku tersangat la fanatik dengan buah hati aku ni,.huhu
sampai kan my real jantung hati pon aku letak nama minho..
ok..lagi sekali..memperkenalkan.....
taraaaaaaaa...!! CEP MINHO..
ngeh3..jangan mara sayang..

huhu..sekarang tengah tengok Mackerel Run..
walaupun minho oppa agak selekeh sikit dalam cite ni..tapi taper..aku tetap terima dia seada yer..hehe








sulam menyulam

bismilahirahmanirahim..

hah..sem ni sem duo ni..aku decided pilih sulaman untuk koke..
perhh cikgu dy baik gilo..best tu..datang lambat pon ok je no hal..aku pon memang suka buat ape ape berkonsepkan 'SUKA HATI AKU" oghe kelate cakap meleret..tapi aku suko. sebab best kot..hah! 
sebab ape aku pilih sulaman ni..jeng3..
banyak kot sebab..sebab minat. tapi 20percent je kot..eh banyak la tu kan..huhu
sebab aku survey ramai hok amik sulaman ni dapat A.salah sore yer kawan aku yang molek ni..haa ni diaa hasil yer..comey kan.
and aku buat survey ni disebabkan aku dapat c plus kot koke sem satu kraftangan..taikkk
aku buat cantik kot..eh? ta baik masuk bakul ni..tapi ta de la ta cantik..molek je.
boley pulak dapat c..bagi aku la kan, kalau dapat c tu macam buat kraftkaki la wey..  bengang giler kot..lau aku sorey tu lain citer la nak bagi c..ni semua..haishh
so i don want banana fruit two time..





simple but nice kan
hopefully aku dapat buat macam ni..eh?? 
lagi lawo dari ni..hehe


Monday 4 February 2013

Expect less, prepare more. Judge less, respect more. Complain less, thank more. Regret less, smile more

Thursday 10 January 2013

kegundahgulanaan

assalamualaikum..bismillah
dear anak2 ayam kunin2...aku ta taw nak luah kan kat sapo kegundahgulanaan hatiku ni...disebbkan ni blog aku yg punyer jdi ko kene dengar aku tulis sambil menangis lebat2 ni.
ko nampak kan aku nangis macm mana teruk ni..da macam mati laki. wahai ayam2 yang ta idup pon, sesungguh yer aku dah sakitkan hati lelaki yang penah aku betul2 sayang..memang aku sayang sangat..ta pernah aku rasa macam ni..ko taw ta ayam..da banyak kali hati aku disakitkan..memang rasa sakit sangat..ditinggalkan pon penah..
tapi hati aku rasa lebih parah sakit seksa n macm2 bile aku pulak yang menyakiti..
ayam..camana nk benti nangis ni.. aku ta biasa la sakit kan hati orang yang aku syang..knpa aku macm ni
ayam..walaupun dy da banyak kali buat aku..layan aku macam damn lah..tapi kenapa skarang..
knpa bila aku da syang kat orang lain..knp dy baik balik gan aku ayam..
aku rasa bersalah..
ayam..walaupun aku ta sayang dy macam dulu lagi tapi sebena yer aku syg dy at least macam kawan baik
jiwa kitorang ni macam linking la. ko taw kan ..kitorang dulu kapel pon tapi still jaga each other macm kawan baik,
aku kawan gan dy da lama..then kapel putus kapel putus..sampai satu masa aku ta taw da ape status kami.. dy salu buat aku nangis sampai aku ta nak da gan dy lagi walaupun dy pujuk.
tapi sampai satu masa dy betul2 nk lepaskan aku sbb dy buat aku nangis je,,
ooi ayam!!! ko dgar ta..bagus ko angguk..tapi knp lepaskan cara baik.
buat aku rasa terrsaaaangaaaaattt bersalah..
bila aku nangis siap suo aku istigfar lagi..
ya ALLAH kabulkan la doaku untukye pada setiap doa dihujung solatku..
sesungguh yer aku nk sangat dy berjaya bahagia selamayer dgan someone yang dy bakal syang ..sbb aku sayang kat dy..n mase tu aku akn salu tolong dy bagi nasihat kat dy macamana nk layan pempuan..ta nak pempuan lain rasa ape aku rasa..n ta nak da bg dy sedih lagi..sebb y penah baik sgt kat aku.
n aku harap pilihan aku kat encik kali ni ta salah..aku harap encik ta buat aku nangis every night n ta layan aku macam smpah..huh! pukul 4.45 pg kot..nyanyi lagu ni jap then sambung study..sambung study?? demnn..ape aku ni ta nak tdo ke..lupakan yang lepas mulakan yang baru dengan penuh keikhlasan... eh lagu ni..bukan sajak


Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku
Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku
Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart
Ternyata ku harus meninggalkan
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya 

Thursday 13 December 2012



KALAU DAH MARAH !


kalau dah marah..
semuanya jadi parah,
hati parah, emosi parah,

kalau dah marah..
yang betul jadi salah
yang salah semakin salah,

kalau dah marah..
buat apa pun susah,
kacau bilau hati si gundah..

kalau dah marah..
mulut lincah sumpah seranah,
hati luka jadi bernanah..

kalau dah marah..
muka putih jadi merah,
hati lembut jadi merekah

kalau dah marah..
semua barang nak disepah
syaitan menggila masuk menerjah

Masyaallah..
itulah jadi kalau dah marah
api menyala membara merah

Wahai diri ingatlah..
kalau dah marah jangan gelabah
bawa bertenang hilangkan lelah
basahi lidah dengan zikrullah
hati kan tenang tiada resah
insyaallah,
akan terkawal si ammarah..

Bismillahiraahmanirrahim~

Apa yang dimaksudkan dengan marah? Emosi yang kadang-kadang mengganggu kita rite? Definisinya ialah:

Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut  al-Ghazaliyy ibarat api dalam sekam. Kita tahu ianya merupakan salah satu aspek negatif namun Islam ada pandangan khusus tentang elemen marah ni. 

Kamus Dewan pula menakrifkan bahawa marah ialah berasa panas hati (kerana ditipu, dihina and so on), berang, gusar dan murka. Perkataan murka dalam kebudayaan Melayu kebiasannya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan Sultan. 

Dalam bahasa arab pula, Ghadab, merupakan sifat lawan bagi reda. Ibnu Qayyim menakrifkan marah adalah kehilangan pertimbangan akal (seolah-olah) seperti keadaan serigala mahu membunuh kambing.


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

So, jom kita reflect kembali, marah ada 2 jenis:

@ Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan kerana Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pengajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan bukan melemmpiaskan emosi dan hawa nafsu.

@ Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak memberikan pengajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor, bertujuan melampiaskan emosi dan hawa nafsu.

Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmudah (terpuji) ada yang madzmumah (tercela) (apabila) bukan pada tempatnya manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran. (Lisan al-'Arab:1999)
Kemurkaan Allah adalah yang Maha hebat mengatasi segala amarah yang ada dalam dunia ini. Namun, kemurkaan Allah hanyalah untuk mereka yang ingkar dan meninggalkan larangan-Nya. Al-Quran telah merekodkan kemurkaan Allah. Antara golongan yang dimurkai oleh Allah ialah bangsa Isra'il. Boleh rujuk surah al-Baqarah:61)

... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur(mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu՚jizat- mu՚jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Namun, hendaklah kita mengerti satu perkara, keampunan Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya.

dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi, ia mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ingatlah (bahawa) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

@ Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
@ Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
@ Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya  

So, anda kategori yang mana? =) 

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redakemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003) 

Yup, kita bukan hanya perlu tahu macam mana nak marah, definisinya apa jenisnya. Jom kita ambik tahu sikit tentang alngkah-langkah pencegahan. 


Langkah-langkah pencegahan marah 
@ Niat yang ikhlas

First of all, kita sendiri perlu ada kesedaran mengenai  kawalan marah ni memandangkan ia merupakan tuntutan agama dan sedar tentang keburukannya jika kita tidak bijak mengawal.

@ Sabar

Kesabaran merupakan salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang bersabar ialah mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Hud ayat 11:


kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. 

@ Sifat pemaaf

Sikap pemaaf melambangkan ketinggian akhlak seseorang seperti peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jika ia diserap dalam diri seseorang, proses mengawal marah akan ternyata lebih mudah! Tak percaya? Mari cuba. =) Boleh rujuk surah asy-Syura' ayat 37.


@ Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan

Kemarahan melampau bukanlah lambang kekuatan ataupun kegagahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Malah ianya merupakan lambang kelemaha seseorang individu. Kenapa? Kerana dirinya sendiri gagal membendung diri dari bisikan syaitan.

@ Membayangkan wajah yang hodoh ketika marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazaliyy adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh ketika marah. Ia sesuatu yang memalukan dan wajar dihindari. So, kalau ada orang kata, 'awak nampak comel masa marah.' Menipu je tu.

@ Tawaddu'

Bermaksud merendah diri means bila kita merendah diri, hilanglah kemegahan jiwa dan akan selamat dari keburukan amarah.

@ Istighfar dan banyakkan amal soleh

Mungkin juga punca sifat amarah ini ialah dari sifat-sifat mazmumah yang juga merupakan dosa seperti takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan sebagainya, perlulah kita meningkatkan lagi amal ibadah, kualitinya.

Sesungguhnya, amal-amal kebajikan (terutamanya solat) menghapuskan kejahatan. Demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud:114)

Langkah-langkah pengawalan ketika marah


@ Membaca taawuz

Dalam satu hadis diriwayatka, terdapat dua lelaki sedang bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya naik berang sampai merah mukanya, lalu  Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan) sekiranya, dia berkata; a'udzubillahi minasy syaiton nirrajim (Hadis riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan Tarmidziyy)

@ Mengubah posisi

Kauselor sendiri ada berpendapat seperti ini. Jika seseorang itu marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, if tak reda juga, baring supaya dapat melegakan sikit emosi. Menurut Imam al-Ghazaliyy posisi diubah sedemikian kerana untuk mendekatkan jarak ke bumi , diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi, tambahan pula manusia ni diciptakan dari tanah.


Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akanhilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.(Hadith riwayat AbuDawud dan Ahmad)

@ Berwudhu' dan mandi

Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marahibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendungkemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)

@ Diam
...dan hendaklah apabila seorang dari kamu merasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Ahmad)

@ Ingat kepada Allah
..ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa...(al-Kahfi 18: 24)
ՙ
Ikrimahberkata maksud jika Engkau lupa adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy, Ali bin Muhammad, al-Imam, 1985)

@ Bersederhana

Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah.


Begitulah serba sedikit mengenai pengurusan marah menurut Islam yang dapat dikongsi, diharap kita dapat sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi akhlak kita. Insyaallah =)

Waallahu'alam.

ye suka marah...kalau saya stress.. n saya akan cakap 

AKU MARAH!! jauhi saya..haha