Wednesday 18 April 2012

2012

FACEBOOKERS DAN TSUNAMI

Assalamualaikum

Tak payah la intro segala bagai cerita pasal semalam yang kita semua digemparkan pasal amaran Tsunami tu. Bukak ja pesbuk, pergh! 99 peratus post pasal ni, mintak diselamatkan daripada bencana besar yang diramalkan akan berlaku tu. Tapi, ramalan manusia tak semestinya betul kan.

Namun selain daripada doa-doa mintak kita semua aman sejahtera, ada jugak manusia yang berkata begini :

Tsunami nak kena Acheh? Ha padan la muka diorang, maksiat sana sini. Ni la balasan Tuhan untuk mereka
Astaghfirullahala'zim. Ada jugak manusia berfikiran macam ni. Memang bagus kita ambil semua ni sebagai petanda dan amaran Tuhan atas kelalaian kita dalam mengerjakan suruhan-Nya. Tapi perlukah kita doakan mereka agar ditimpa bencana sebegitu? Siapakah kita?

Cuba korang kaji peta elok-elok, kasi bukak sikit minda tu..


Cuba tengok betul-betul, tengok lokasi gempa bumi tersebut. Kenapa Malaysia lebih selamat daripada ancaman Tsunami berbanding Indonesia? Ya, kerana tanah Indonesialah yang menjadi benteng kepada kita daripada bencana tersebut. Ingat kisah Tsunami 2004? Cuba bandingkan berapa banyak Indonesian dan Malaysian yang terkorban. Masih lagi mahu mengeji mereka?

Walaubagaimanapun, saya sebagai rakyat Malaysia, tersangatlah bangga walaupun Indonesia membenci Malaysia, walaupun kedutaan Malaysia di sana dilempar dengan najis, walaupun pasukan bola sepak negara kita terpaksa menaiki kereta kebal kerana bimbangkan keselamatan ketika di sana, kita rakyat Malaysia, masih mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Allahuakbar. Tabik spring untuk penduduk Malaysia!


Harini hanya mampu menggeleng-geleng kepala tengok status facebook. Kelmarin punya la insaf, post dan share segala doa yang ada, sembang kemas nak kembali ingat Allah. Tapi sekarang? Memandangkan amaran Tsunami ditarik balik, segala keinsafan tadi pun kena rentap sama. Everything back to normal. Ikut balik nafsu dan syaitan. 

Kelmarin 
"Ya Allah, ampunilah dosaku ini, selamatkanlah diriku, keluarga, dan sahabat handai daripada bancana ini". 

Harini 
"sayang jom gi tengok Battleship, membew ittew cakap best gileww''

Ingatlah, amaran Tsunami memang boleh ditarik balik, Amaran Allah? Akan kekal hingga kiamat. 

"Tidaklah bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya" - Kaab bin Malik RA 

2 comments:

  1. dah lama ni, bru komen.. sokong u.

    tp nk ckp sikit, pic tu bleh jd batu api. jgn pla kta balas setiap perbuatan yg negatif dgn cara yg negatif kn.

    ReplyDelete