Saturday 21 January 2012

Aku budak sombong?

mood hari ni okay je.. macam biasa.. bangun pagi pagi penuh kemalasan, duduk bersila dulu atas katil 10 minit. lentuk badan sana sini sekejap baring sekejap tegak balik.. dan dalam hati aku siap pasang wish lagi harap kelas pukul 8 ni batal..haha contoh pelajar yang #$%% kan? *setiap pagi aku buat mcm tu kot. pemalas bangun pagi.. buat la kelas pukul 10am! jelous kot tengok roomate dok baring lagi. siap cakap lagi nak pergi kelas dah ke? cis.. perli ke kata2 semangat tu? arghh.. *

sekarang dah malam.. malam adalah malam, malam untuk tidur, tidur untuk kebahagian, bla bla bla.. aku mengomel sorang-sorang depan laptop.. stress esok ada test kelas bunga bunga *literature* nak tidur tapi awal lagi, baru pukul 9, nak study malas + mengantuk..

tetibe teringat satu benda

terpikir sekejap aku

lately ni ramai sangat mengomen cakap aku sombong.. kalau kat fb PM aku pastu ckp aku sombong tak tegur diorang.... siap sampai ada yang merajuk berbagai..terpaksa la aku mengeluarkan skill memujuk yang tersimpan kukuh di sanubari...


aku tak terasa pon bila diorang cakap macam tu. seriously sikit pon tak, tapi membuatkan aku terpikir sekejap tentang aku,baik buruk khilaf diri ini.

ya, aku memang jarang senyum. aku akui.. melainkan dengan orang yang aku rapat dan dah biasa.
skill making new friends memang aku low... aku tak reti nak mulakan conversation dengan orang yang aku tak biasa..aku tak tahu nak cakap apa, nak beri riaksi macam mana... aku blur.. blur okay..blur.

lagi satu, orang selalu cakap yang diorang senyum kat aku tapi aku tak senyum balik kat diorang. then diorang assume aku ni jenis sombong bongkak. guys.. aku ni rabun lebih tahap rabun ayam.. mesti korang cakap, dah tahu rabun tu pakai la spek.. actually, aku tak suka pakai spek sebab serabut dan mengembangkan tudung aku. nanti tudung aku jadi bengkang bengkok.. aku rimas.. so, korang.. aku bukan sengaja tak nak reply senyum korang, aku tak nampak la dear.. i'm sorry.. isk isk.. lain kali jerit nama aku kuat2 sampai aku perasan... insyaallah aku datang kat korang...

pastu buat kawan kawan tersayang yang rasa macam diri korang terabai tu. aku mintak maaf banyak2. sekarang ni aku jarang dah topup, nak message sampai pukul 2 3 pagi pon dah tak larat.. aku tahu mesti ada yang terasa sebab aku balas message dua tiga kali lepas tu tak reply dah. kan? kadang2 bila malam tu, aku tertidur.. kalau siang kadang2 korang message tu time aku buat kerja. smbil message sambil buat assignment, pastu terus aku terlupa nak reply. bukan sengaja..

mohon maaf atas segala tindak tanduk bertanduk or pape je yang tersalah faham. seriously I do appreciate one who tegur me cakap I sombong coz that wake me up.. andai ada khilaf diri ni lagi sila tegur lagi ye. I boleh blajar untuk betul kan diri I ni untuk jadi yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment